Menyewa novel pop terkini menjadi lebih mudah dengan Q'reazant
Sewa buku secara online melalui 5 cara berikut:
|
Langgani servis kami mengikut amalan membaca anda. Bayaran langganan dijelaskan setiap 3 bulan dan boleh di deposit ke account CIMB atau Maybank. Pekej langganan menyewa buku secara online yang disediakan adalah:
|
|||
|
Layari katalog maya kami dan senaraikan buku yang ingin dibaca ke dalam aturan sewaan (Rental Queue) anda. |
|||
|
|
TANPA SEBARANG BAYARAN TAMBAHAN buku sewaan anda akan dihantar menggunakan perkhidmatan PosLaju yang merangkumi servis penghataran terus ke pintu rumah dalam masa 1 hari, selamat, pengesanan secara online dan perkhidmatan khas bagi pelanggan pelanggan Q'reazant, iaitu pengambilan semula pakej buku dari rumah. Setiap pekej buku yang dihantar dari Q'reazant akan disertakan plastik bungkusan PosLaju dan Nota Pengirim PosLaju bagi tujuan penghantaran balik. |
|||
|
|
Nikmati bacaan anda TANPA HAD MASA. |
|||
|
PosLaju akan mengambil kembali buku buku yang telah dibaca dan anda boleh menyewa untuk kitaran berikutnya! Kitaran sewaan adalah TANPA HAD SEPANJANG TAHUN. Sebaik sahaja kami menerima kembali buku sewaan anda, kami akan segera menghantar pekej buku sewaan yang berikutnya. |
Apa tunggu lagi? Daftarlah sebagai ahli sewa buku secara online Q'reazant sekarang!



SOALAN LAZIM
Bolehkah saya menyewa sebuah buku sahaja?
Memandangkan yuran langganan kami merangkumi harga penghantaran kepada dan daripada pelanggan, adalah lebih menjimatkan bagu kami untuk menghantar buku secara ber 3, 5 atau 7 buah sekaligus. Dengan mengurangkan kos operasi, kami dapat memberikan servis dan pilihan buku yang lebih baik kepada pelanggan pelanggan kami.
Perlukah saya membayar yuran langganan walaupun saya tidak menyewa buku pada bulan itu?
Sistem keahlian kami adalah secara langganan bulanan dimana sama ada pelanggan menggunakan atau tidak servis ini, yuran bulanan tetap perlu dijelaskan. Kami hanya akan berhenti mengenakan caj bulanan apabila pelanggan memberitahu kepada kami bahawa mereka hendak menggantung atau memberhentikan servis kami ini.
Bolehkah saya memanggil sendiri PosLaju untuk mengambil bungkusan buku sewaan?
Q Reazant Enterprise dan PosLaju Malaysia telah membuat perjanjian dimana pelanggan kami diberikan khidmat caj balikan hanya apabila kami memberikan arahan secara hitam putih kepada pihak PosLaju untuk mengambil bungkusan buku tersebut. Jika anda menghantar sendiri bungkusan buku anda, walaupun bungkusan tersebut dialamatkan kepada kami, anda perlu membayar kos penghantaran tersebut sendiri
Bagaimana kalau saya terhilang buku sewaan saya?
Jangan bimbang. Sila beritahu kami secara jujur. Anda akan di caj harga asal belian buku tersebut. Itu sahaja ;p




