Sewaan Melalui Pos

Kami memberikan kesenangan kepada anda untuk menikmati bahan bacaan bermutu. Anda boleh layari katalog kami untuk memilih buku yang anda inginkan dan kami akan menghantar buku tersebut ke rumah anda menggunakan khidmat PosLaju. Sesudah membaca, gunakan beg kurier yang disediakan dan pihak PosLaju akan mengambil buku tersebut untuk dipulangkan kepada kami dan anda boleh menyewa lagi. Tiada caj penghantaran dan tiada denda lambat pemulangan.

5 Langkah mudah untuk melanggan servis kami

Langgan

Langgani servis kami mengikut amalan membaca anda

Pilih

Layari katalog maya kami dan senaraikan buku yang ingin dibaca ke dalam aturan sewaan

Terima

TANPA SEBARANG BAYARAN TAMBAHAN buku sewaan anda akan dihantar menggunakan PosLaju

Baca

Nikmati bacaan anda TANPA HAD MASA

Pulang

PosLaju akan mengambil buku yang telah dibaca dan anda boleh menyewa untuk kitaran berikutnya!

Pakej Langganan Kami

3 buku pada satu masa


Bayaran bulanan sebanyak

RM48

Semenanjung Malaysia

RM63

Sabah & Sarawak
 

5 buku pada satu masa


Bayaran bulanan sebanyak

RM68

Semenanjung Malaysia

RM83

Sabah & Sarawak
 

7 buku pada satu masa


Bayaran bulanan sebanyak

RM88

Semenanjung Malaysia

RM103

Sabah & Sarawak
 

Dengan melanggan, anda bakal menikmati kelebihan ini:

  • Anda hanya perlu membayar yuran langganan sahaja untuk mendapatkan khidmat kami - tiada yuran tambahan.
  • Buku-buku yang anda pilih akan dihantar ke rumah anda tanpa ada tarikh tamat tempoh menyewa. - Tiada denda lambat pemulangan.
  • Yuran langganan termasuk kos penghantaran - tiada caj penghantaran.
  • Anda boleh menyewa seberapa banyak kali yang anda mahukan sepanjang tahun.
  • Penghantaran buku kepada dan daripada anda menggunakan perkhidmatan PosLaju di mana anda boleh menikmati penghantaran yang selamat, penghantaran selama satu hari sahaja dan khas untuk pelanggan Qreazant, buku yang disewa akan diambil dari rumah anda oleh pihak PosLaju.
  • Yuran langganan boleh dibayar secara 'bank in' menggunakan CIMB atau Maybank.

Jadi, apa anda tunggu lagi?   Mendaftarlah sekarang

 

Soalan Lazim

Bolehkah saya menyewa sebuah buku sahaja?

Yuran langganan kami termasuk dengan caj penghantaran kepada dan daripada pelanggan. Jadi, ianya lebih menjimatkan jika kami menghantar buku secara 3, 5, atau 7 sekaligus. Dengan mengurangkan kos operasi, kami dapat memberikan servis yang lebih baik kepada anda.

Perlukah saya membayar yuran langganan walaupun saya tidak menyewa buku pada bulan itu?

Servis langganan kami adalah bulanan. Anda masih perlu membayar yuran langganan walaupun anda tidak menyewa buku pada bulan itu. Kami hanya akan berhenti mengenakan yuran bulanan apabila anda memberitahu kami anda hendak menggantung atau berhenti menggunakan servis kami.

Bolehkah saya memanggil sendiri PosLaju untuk mengambil kembali buku sewaan?

QReazant Enterprise dan PosLaju Malaysia telah membuat perjanjian khas dimana anda diberikan khidmat caj balikan hanya apabila kami memberikan arahan secara hitam putih kepada pihak PosLaju untuk mengambil bungkusan buku tersebut. Jika anda menghantar sendiri bungkusan buku anda, anda perlu membayar sendiri caj penghantaran tersebut walaupun ianya dialamatkan kepada kami.

Bagaimana jika saya terhilang buku sewaan saya?

Anda perlu membayar harga kos belian buku tersebut. Itu sahaja.