Faedah Sewa Buku

Boleh dikatakan 80% daripada buku buku yang dijual di Malaysia adalah buku yang di impot dari luar negara dan ini menyebabkan harga jualan buku di Malaysia agak tinggi.Secara puratanya, sebuah novel Inggeris dijual pada harga RM30 senaskah. Memandangkan kita boleh mendapatkan sebungkus nasi berlauk dan minuman dengan harga RM6-7 di negara ini, kita perlu membayar harga yang sama seperti 5 kali makan untuk membeli sebuah novel! Walaupun kerajaan telah memberikan rebet cukai sebanyak RM1000 bagi pembelian buku, adakah ia mencukupi untuk menampung belian bahan bacaan kita sepanjang tahun? Katakanlah anda seorang penggemar buku pengurusan perniagaan, yang harga nya secara purata adalah RM50 senaskah.Dengan RM1000 setahun, anda hanya mampu membeli 20 buah buku sahaja.Tetapi dengan menyewa bahan bacaan tersebut, anda boleh menikmati pembacaan buku kegemaran anda sehingga 100 naskah berbanding membeli nya sendiri.

Dengan menyewa buku, tiada lagi masalah bahan bacaan yang bersepah sepah dan mengambil ruang di rumah. Ramai yang kami jumpa menyuarakan kerunsingan mereka tentang apa yang hendak dibuat dengan bahan bacaan lama yang bertimbun timbun di rumah. Lagipun, buku buku lama mempunyai nilai yang sedikit dan selalunya hanya akan dibeli oleh pusat kitaran sampah sahaja. Bayangkan RM30 anda di racik racik begitu sahaja...

Menyewa buku secara 'online' amat sesuai bagi:

Golongan wanita

Dengan lambakan buku ‘chick-lit’ di pasaran hari ini, ramai wanita mula memilih aktiviti membaca untuk mengisi masa lapang mereka. Akan tetapi, buku-buku genre sebegini selalunya hanya dibaca sekali sahaja.

Golongan pesara

Membaca adalah satu cara yang amat sesuai untuk sentiasa menajamkan minda. Namun begitu, kebanyakan dari golongan ini tidak mampu untuk membeli buku-buku mahal dengan dana persaraan yang diterima.

Suri rumah sepenuh masa / orang kurang upaya

Membaca mampu menghilangkan kebosanan berada di rumah atau sekadar mengisi masa lapang ketika berehat di rumah.Menyewa buku secara online juga memberi lebih kesenangan untuk mendapatkan bahan bacaan yang diingini kerana anda tidak perlu keluar rumah untuk menyewa buku.

Mereka yang sibuk bekerja

Ianya bukanlah perkara biasa lagi bagi sesiapa yang pulang bekerja sehingga lewat malam.Dengan kehendak hidup yang meningkat, mereka terlalu sibuk bekerja sehinggakan tidak mempunyai masa untuk ke perpustakaan atau kedai buku.Tetapi, pembacaan yang konsisten itu perlu untuk meningkatkan ilmu jika mereka ingin lebih berjaya dalam karier masing-masing.

Pengguna kenderaan awam

Jika anda menggunakan kenderaan awam untuk pergi dan pulang bekerja, kebiasaannya anda mempunyai masa yang agak lama untuk sampai ke destinasi yang dituju.Jangan hanya duduk menghabiskan masa, bawa sekali sebuah buku dan baca.

Pelajar dan remaja

Anda ingin membaca buku itu dan ini, tetapi anda tidak mampu untuk membeli kesemuanya.

“There are many people (in Malaysia) who like books and read books but reluctant to buy them”
Datuk A. Samad Said, Sasterawan Negara

 

Mengapa saya harus menyewa jika saya boleh ke
perpustakaan sahaja?

Perpustakaan di Malaysia lebih mementingkan buku-buku akademik dimana mereka yang memerlukan buku rujukan yang mahal boleh menggunakan buku yang ada di perpustakaan.Tetapi, kebanyakan rakyat Malaysia lebih sukakan bahan bacaan ringan yang tidak selalunya disediakan dengan banyak di perpustakaan.Selain itu, Datuk A. Samad Said pernah berkata, “Jika kita meminjam buku dari perpustakaan, kita akan selamanya 5 tahun kebelakangan.”(Berita Harian 31 Julai 2005).Tambahan lagi, perpustakaan ada waktu operasi yang tetap, selalunya waktu pejabat berbanding dengan menyewa buku secara ‘online’ dimana anda boleh melakukannya sepanjang masa.